Wednesday, November 2, 2011

HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan salam muhibah buat warga SK Jenderam Hilir

Buat pertama kalinya, SK Jenderam Hilir ingin menganjurkan Hari Kokurikulum buat kali pertama. Dengan itu, Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak digabung bersama bagi merancakkan lagi program itu. Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak merupakan suatu program yang dirancang sebagai kesinambungan daripada aktiviti sekolah. Ia berperanan untuk menonjolkan bakat-bakat terpendam dan yang telah sedia ada melalui permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang khas semasa program ini dijalankan. Diharapkan anak-anak SK Jenderam Hilir bersemangat semasa Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak itu nanti kerana banyak aktiviti yang akan dijalankan.

 
Tarikh    :   4 November 2011
Masa      :   7.30 pagi – 12.05 tengahari

Aktiviti yang dijalankan:
  • Sukaneka Pra sekolah dan murid-murid Tahap 1
  • Permainan Modified Game muri-murid Tahap 2
  • Persembahan murid prasekolah dan Tahun 1
  • Sesi "Karaoke" 



Diharapkan murid-murid SK Jenderam Hilir akan berseronok semasa Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak ini. Makan dan minum disediakan. Banyak hadiah yang menarik menanti murid-murid SK Jenderam Hilir.......

Cikgu Biasa (",)

No comments:

Post a Comment