Wednesday, August 17, 2011

Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2011

Assalammualaikum dan salam sayang kepada anak-anak murid SK Jenderam Hilir,

Salam Ramadhan dan Salam Nuzul Quran kepada semua...semoga Al-Quran, Hadis dan Sunnah menjadi panduan hidup kita dalam mencari ilmu di dunia untuk ke akhirat...

Kepada anak-anak murid  tersayang tahun 6...masih ada masa lagi untuk berusaha walaupun tinggal 27 hari sahaja sebelum UPSR menjelang. Usaha tangga kejayaan... Jadilah anak-anak yang taat kepada kedua ibu bapa, murid yang sentiasa disenangi guru dan rakan yang dapat diharapkan semasa susah dan senang...Solat dan doa juga menjadi tunjang kejayaan dalam kehidupan...Masih belum terlambat untuk semua ini....

Selamat mengharungi hari-hari terakhir sebelum UPSR pada 13-15 September 2011 nanti...

Salam sayang selalu..
Guru biasa @SKJH