Monday, May 14, 2012

Peperiksaan Datang Lagi

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

 

Peperiksaan datang lagi, kali ini dengan lebih banyak cabaran dengan pertambahan mata pelajaran-mata pelajaran elektif yang turut sama akan diuji. Hadapinya dengan persediaan yang rapi dan cuba jawab semua soalan yang diberi dengan hati dan fikiran yang terbuka. Insyaallah kejayaan akan menanti anda.


Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun untuk rujukan anak-anak semua serta ibu bapa penjaga yang prihatin tentang pelajaran anak-anak ada di sertakan di laman bertajuk JADUAL PEPERIKSAAN. Sila klik pada bahagian berkenaan untuk rujukan. Semoga semua di antara kita dapat mengambil perhatian, berusaha dan berdoa untuk kejayaan bersama. Insyaallah Allah akan bersama-sama dengan orang yang berusaha.


Terima kasih.


-guru.biasa.skjh-


Friday, April 20, 2012

English Month Closing Ceremony

 









 




 


Congratulations to English Panel Commitee for the event....

Congratulations to the winners too.....

Tuesday, March 27, 2012

Peperiksaan telah berlalu..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kepada anak-anak murid SKJH yang sentiasa disayangi... PKSR 1 telah pun berlalu, memang seronok sangat tetapi ini tidak memberi peluang kepada anak-anak murid sekalian untuk lupakan buku. Ada banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul, contohnya kerja rumah perlu disiapkan, buat latihan tambahan untuk mata pelajaran-mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia, disamping kena menghafal surah-surah bagi mata pelajaran di Sekolah Agama...

Masa yang lapang inilah kita boleh berpeluang untuk mengulangkaji tanpa tekanan untuk peperiksaan supaya semasa peperiksaan yang akan datang, kita telah hampir bersedia dan cuma perlu "refresh" sahaja apa yang telah dibaca. Apa yang penting usaha dan doa sendiri disamping doa yang dilafazkan oleh ibubapa terhadap kita... Jangan lupa mencium tangan  serta mencium pipi ibubapa sebelum ke sekolah untuk keberkatan sepanjang hari anak-anak murid sekalian semasa berada di sekolah..

Saya menasihatkan diri saya dan semua keluarga SKJH agar kita sama-sama terus berusaha mencapai kejayaan walau dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan tempuhi. Jangan mengalah sebelum mencuba...

Coret-coret...
-gurubiasa-

Monday, January 2, 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Selamat Kembali ke sekolah kepada semua guru dan staff serta anak-anak murid tersayang. Semoga keberkatan dan rahmatNya mengiringi kita semua pada tahun 2012 ini untuk memperoleh kejayaan dunia dan akhirat. InsyaAllah..