Tuesday, June 14, 2011

Selamat Kembali Ke Sekolah

Anak-anak murid tersayang....,

Selamat kembali ke sekolah jenderam hilir..... Semoga cuti selama 2 minggu lepas telah memberi nafas dan semangat baru kepada anak-anak semua dalam menghadapi penggal yang baru dan juga memberi ruang yang banyak kepada anak-anak bercuti dan bermesra dengan keluarga....

Kepada murid-murid tahun 6 yang dikasihi.... ,

Inilah saat dan ketikanya anak-anak bersikap lebih matang dalam mendalami ilmu yang diberi dan dicurahkan oleh guru-guru sekolah...bukan mudah untuk mencapai kejayaan tanpa usaha yang gigih dan pengorbanan diri dan masa.....nasihat saya jadilah orang yang pandai menggunakan masa sebaiknya dan fokus dalam kelas semasa guru mengajar.....supaya tidak ketinggalan dalam mana-mana perkara yang diajar oleh guru....

Anak-anak semua cuma ada kira-kira 5 -6 bulan sahaja untuk berada di sekolah rendah yang mempunyai banyak kenangan manis dan mungkin sedikit kenangan pahit yang akan anak-anak ingat saat tersebut hingga akhir hayat....ingatlah ....ada suatu ketika nanti anak-anak akan berasa teringin untuk kembali ke zaman yang indah ini iaitu zaman sekolah rendah....jadi bersikap lebih serius dalam menghadapi UPSR yang tinggal 3 bulan sahaja lagi bakal menjenguk..... selamat belajar dan selamat berjaya....

oleh:
guru biasa...