Monday, November 14, 2011

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID 2011



Selamat menjalankan tugas untuk semua guru dan kepada yang bakal menerima hadiah diucapkan
tahniah dan teruskan usaha.

( @---Guru biasa---@ )

Friday, November 11, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN & MAHRAJAN j.QAF

PROGRAM HARI INI
11.11.11


Peserta Khatam Al-Quran


Bacaan dipimpin oleh Ustaz Khairul Hakimin



Pengerusi Majlis yang akan tetap...




Persembahan Tahun 1 & 2


 Persembahan Tahun 3 & 4



Persembahan Tahun 6


MAJLIS KONVOKESYEN jQAF TAHUN 6




Bersama guru-guru Pendidikan Agama Islam dan jQAF

Kegembiraan terpancar disetiap wajah anak-anak murid ini...
Tahniah diucapkan kepada Panitia Bahasa Arab SK Jenderam Hilir yang telah berjaya merealisasikan majlis ini dan melahirkan kumpulan murid jQAF sulung SK Jenderam Hilir yang berjaya. 
Alhamdulillah...

Saturday, November 5, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Assalamualaikum, salam sayang dan salam Aidiladha kepada warga SK Jenderam Hilir


Tanggal 6 November 2011, seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Bila tiba waktu Hari Raya Aidiladha, sudah pasti lembu, kerbau dan kambing akan menjadi qurban. Untuk makluman, SK Jenderam Hilir akan bercuti pada 5 November 2011(Sabtu) - 8 November 2011(Selasa) selama 4 hari dan akan kembali bersekolah padaa 9 November 2011 (Rabu)


Anak-anak SK Jenderam Hilir, tahukah anda peristiwa di sebalik Hari Raya Aidiladha ini. Cikgu akan ceritakan serba sikit mengenainya. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t. Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”


Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.

Begitulah serba sedikit peristiwa di sebalik perayaan Hari Raya Aidiladha. Diharapkan murid-murid SK Jenderam Hilir dapat menjaga diri sepanjang bercuti. Jika balik kampung, pesan pada ayah supaya bawa kereta dengan berhati-hati. Akhir kata, selamat Hari Raya Aidiladha dan jumpa semula pada hari Rabu, 9 November 2011.

(",) Cikgu Biasa (",)

Wednesday, November 2, 2011

HARI KOKURIKULUM DAN HARI KANAK-KANAK

Assalamualaikum dan salam muhibah buat warga SK Jenderam Hilir

Buat pertama kalinya, SK Jenderam Hilir ingin menganjurkan Hari Kokurikulum buat kali pertama. Dengan itu, Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak digabung bersama bagi merancakkan lagi program itu. Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak merupakan suatu program yang dirancang sebagai kesinambungan daripada aktiviti sekolah. Ia berperanan untuk menonjolkan bakat-bakat terpendam dan yang telah sedia ada melalui permainan-permainan dan aktiviti-aktiviti yang dirancang khas semasa program ini dijalankan. Diharapkan anak-anak SK Jenderam Hilir bersemangat semasa Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak itu nanti kerana banyak aktiviti yang akan dijalankan.

 
Tarikh    :   4 November 2011
Masa      :   7.30 pagi – 12.05 tengahari

Aktiviti yang dijalankan:
  • Sukaneka Pra sekolah dan murid-murid Tahap 1
  • Permainan Modified Game muri-murid Tahap 2
  • Persembahan murid prasekolah dan Tahun 1
  • Sesi "Karaoke" 



Diharapkan murid-murid SK Jenderam Hilir akan berseronok semasa Hari Kokurikulum dan Hari Kanak-Kanak ini. Makan dan minum disediakan. Banyak hadiah yang menarik menanti murid-murid SK Jenderam Hilir.......

Cikgu Biasa (",)

Friday, October 21, 2011

PROGRAM BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2011

Assalammualaikum dan salam sayang buat semua warga SK Jenderam HIlir....


Alhamdulillah Peperiksaan Akhir Tahun baru sahaja berakhir...didoakan semoga semua anak murid mendapat kejayaan yang cemerlang....walaupun peperiksaan telah ditinggalkan untuk tahun 2011 tetapi banyak program sekolah yang akan dijalankan bermula pada minggu hadapan dengan ...

Program Bulan Bahasa Kebangsaan
Tarikh        :     24 - 28 Oktober 2011
Anjuran      :    Persatuan Bahasa Malaysia bersama Panitia Bahasa Malaysia
Aktiviti yg akan dijalankan :
                       Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah       Isnin 24 Okt. 2011
                       Peraduan Bahasa ( Tahap 1 dan 2)
                       Tayangan Cara Pengucapan
                       Pertandingan Berbalas Pantun
                       Pertandingan Mengeja
                       Penutupan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Sekolah       Jumaat 28 Okt. 2011

Pastikan semua murid tersayang dapat hadirkan diri ke sekolah untuk menyertai program-program yang menarik ini....terima kasih semua...

Cikgu Biasa...

Tuesday, October 18, 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun Kepada Semua Murid SKJH. Peperiksaan bermula 17.10.2011 sehingga 21.10.2011. Murid-murid diminta untuk bersedia dengan peralatan tulis sebelum memulakan peperiksaan supaya tidak terganggu dengan peralatan yang tidak mencukupi semasa peperiksaan dijalankan. Guru-guru SK Jenderam Hilir mendoakan murid-murid berjaya di dalam peperiksaan kali ini. Di bawah ialah Jadual Peperiksaan Akhir Tahun bagi tahun 2011

SK JENDERAM HILIR, 43800 DENGKIL, SELANGOR
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011
TAHAP 1
HARI
MASA
TEMPOH
MATA PELAJARAN
Isnin
17/10/2011
8.00 - 9.00 pg
1 jam
B. Melayu Pemahaman
9.10 - 10.10 pg
1 jam
B. Melayu Penulisan
10.15 - 10.35 pg
20 minit
Rehat
11.15 - 12.15 tgh
1 jam
Pendidikan Agama Islam
Selasa
18/10/2011
8.00 - 8.40 pg
40 minit
Mathematics Paper 2
9.10 - 10.10 pg
1 jam
Mathematics Paper 1
10.15 - 10.35 pg
20 minit
Rehat
11.15 - 12.15 tgh
1 jam
Jawi
Rabu
19/10/2011
8.00 - 9.15 pg
1 jam 15 min
Science
9.10 - 10.10 pg
1 jam
B. Inggeris Kertas 1
10.15 - 10.35 pg
20 minit
Rehat
11.15 - 12.15 tgh
1 jam
B. Inggeris Kertas 2
Khamis
20/10/2011
8.00  - 9.00 pg
1 jam
Bahasa Arab
9.10 - 10.10 pg
1 jam
Muzik
10.15 - 10.35 pg
20 minit
Rehat
11.15 - 12.15 tgh
1 jam
Pendidikan Jasmani Kesihatan
Jumaat
21/10/2011
8.00 -10.00 pg
2 jam
Pendidikan Seni dan Visual
10.15 - 10.35 pg
20 minit
Rehat
10.35 - 12.05 tgh

Kelas seperti biasa


TAHAP 2
HARI
MASA
TEMPOH
MATA PELAJARAN
Isnin
17/10/2011
8.00 - 9.00 pg
1 jam
Pendidikan Agama Islam
9.30 - 10.30 pg
1 jam
P. Sivik Kewarganegaraan
10.45 - 11.05 pg
20 minit
Rehat
11.30 - 12.30 tgh
1 jam
Kemahiran Hidup
Selasa
18/10/2011
8.15 - 9.05 pg
50 minit
B. Melayu Pemahaman
9.15 - 10.30 pg
1 jam 15 min
B. Melayu Penulisan
10.45 - 11.05 pg
20 minit
Rehat
11.45 - 12.25 tgh
40 minit
Mathematics Paper 2
Rabu
19/10/2011
8.15 - 9.15 pg
1 jam
Mathematics Paper 1
9.30 - 10.30 pg
1 jam
Muzik
10.45 - 11.05 pg
20 minit
Rehat
11.30 - 12.30 tgh
1 jam
Pendidikan Jasmani Kesihatan
Khamis
20/10/2011
8.00 - 9.15 pg
1 jam 15 min
Science
9.30 - 10.20
50 minit
B. Inggeris Kertas 1
10.45 - 11.05 pg
20 minit
Rehat
11.15 - 12.30 tgh
1 jam 15 min
B. Inggeris Kertas 2
Jumaat
21/10/2011
8.00 - 9.00 pg
1 jam
Kajian Tempatan
9.30 - 10.30 pg
1 jam
P Seni Visual

**Murid-murid dibenarkan pulang pada pukul 12.35 tengahari sepanjang hari peperiksaan.