Tuesday, March 27, 2012

Peperiksaan telah berlalu..

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Kepada anak-anak murid SKJH yang sentiasa disayangi... PKSR 1 telah pun berlalu, memang seronok sangat tetapi ini tidak memberi peluang kepada anak-anak murid sekalian untuk lupakan buku. Ada banyak lagi tanggungjawab yang perlu dipikul, contohnya kerja rumah perlu disiapkan, buat latihan tambahan untuk mata pelajaran-mata pelajaran seperti Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Malaysia, disamping kena menghafal surah-surah bagi mata pelajaran di Sekolah Agama...

Masa yang lapang inilah kita boleh berpeluang untuk mengulangkaji tanpa tekanan untuk peperiksaan supaya semasa peperiksaan yang akan datang, kita telah hampir bersedia dan cuma perlu "refresh" sahaja apa yang telah dibaca. Apa yang penting usaha dan doa sendiri disamping doa yang dilafazkan oleh ibubapa terhadap kita... Jangan lupa mencium tangan  serta mencium pipi ibubapa sebelum ke sekolah untuk keberkatan sepanjang hari anak-anak murid sekalian semasa berada di sekolah..

Saya menasihatkan diri saya dan semua keluarga SKJH agar kita sama-sama terus berusaha mencapai kejayaan walau dalam apa jua bidang yang kita ceburi dan tempuhi. Jangan mengalah sebelum mencuba...

Coret-coret...
-gurubiasa-